Saturday, May 3, 2014

Hamba Allah

Aku lihat satu demi satu ditinggalkannya.
Satu demi satu dicabut daripadanya.
Barang-barang dunia.
Dan akhirnya, hanya tinggal mati yang akan memisahkan dia daripada dunia secara keseluruhan.
Ke akhirat yang kekal abadi.
Dia akan dapat kembali apa yang ditinggalkannya semasa di dunia,
bercantum kembali apa yang dicabut olehnya semasa di dunia.
Malah lebih baik lagi.
Lebih baik daripada dunia dan seisinya.

Dia fikir risau kondisi umat semasa.
Dia fikir untuk membangunkan ummah.

Di bibirnya, ucapan Allah sentiasa ada.
Dia lihat alam dengan kekaguman kepada Allah.

Dia menyebarkan dakwah dengan bersungguh-sungguh kepada Islam dan bakal Islam.

Dia menghidupkan sunnah Rasulullah (S.A.W.) dalam kehidupannya dan mereka di sekelilingnya.

Dia, hamba Allah.
Dia tidak terlepas daripada membuat dosa, seperti aku juga.
Tapi, dia tidak pernah berhenti berharap kepadaNya.

"Doa, doa itu penting", katanya.

Saturday, April 26, 2014

Bintang Syurga - UNIC feat. Raqib Majid (lirik)

Bismillah,

Disclaimer: Lagu ini ditulis oleh Ustaz Pahrol Muhd. Juoi kalau x silap saya, jadi saya tidak terlibat dengan penulisan lirik ini. Cuma ingin berkongsi lirik nasyid yang bermakna ini dengan kalian semua.

Rangkap 1:
Biar darah jadi baja,
biar tulangku menjadi tunggangnya.
Islam tetap di puncak,
biar imanku terus melonjak.

Rangkap 2:
Aku tekad,
aku rela,
sekalipun aku dihenyak.

Korus 1:
Burung-burung hijau terbang,
Ruhku telah melayang,
Syurga Firdausi menungguku datang.

Bidadari pun tersenyum, 
menunggu cumbu harum,
di saat cinta mekarku bercantum.
 
Rangkap 3:
Pergiku tak kembali,
kerana memburu nikmat syurgawi.
Itulah yang hakiki,
itu yang abadi,
dan ku tidak mati,
bahkan hidup dengan rezki Ilahi.

(Instrumentals playing in the background)

Bridge:
Kejayaan (kejayaan),
Kebahgiaan(kebahgiaan),
Bintang syuhada yang dirindukan.

Korus 2:
Datang, datanglah wahai syahid,
dambaan mujahid,
aku relakan sakit yang sedikit.
Derita hanya sementara,
biar aku nestapa,
demi bahagia untuk selamanya.

(Instrumentals playing in the background)

DISKUSI: Bicara Soal 'CINTA' | Dr Norma Sidek





CINTA: Cinta itu nikmat terbesar anda

Cinta itu untuk siapa? Cinta remaja, cinta & dusta...

Akibat gara-gara cinta....Siapa yang untung dalam bercinta?



Assalamualaikum semua, 

InsyaAllah program mingguan Biro Kerohanian KMG diteruskan pada minggu ini dengan diskusi menarik disampaikan oleh Dr. Norma. Butiran-butiran adalah seperti berikut: 

Tajuk: Bicara Soal Cinta
Penyampai: Dr. Norma Sidek
Tarikh: 25 April 2014 (Jumaat)
Masa: 6.00-8.00pm 
Tempat: SUMSA, University of Strathclyde, Martha Street, G1 1XJ.

Semua dijemput hadir, terbuka kepada MUSLIMIN dan MUSLIMAT. Jumpa di SUMSA! InsyaAllah. 

Wassalam.

Anjuran: 
Komuniti Malaysia Glasgow (KMG)

Dengan Kerjasama: 
Malaysian Muslim Circle of Scotland (MMCS) & Platform Siswa Islam Malaysia UK (PRISM).



P/S: Semoga kita dapat manfaat daripadanya, insya Allah. 



Di mana sahaja kita berada, ambillah peluang untuk menimba ilmu akhirat di samping menuntut ilmu dunia. Hatta di bumi Scotland sekalipun. :)

Tuesday, March 4, 2014

Doa.

Bismillah,

Ada org kata kata2 boleh menjadi doa. Words can be prayers.

"I have three names. Nur Aqilah Zahirah."
"We will call you Nur"
"Your face looks like a Nur"

I smiled. Aameeen.
Ya Allah, accept their du'a.
Please accept all their prayers.

(^_^)

Saturday, February 15, 2014

Coretan hidup yang tidak sempurna

Bismillah,

Dah lama x post apa2 di sini. *melihat habuk yang makin tebal kat blog ni*
Haha.

Rasanya post kali ini sekadar membersihkan habuk2 je.

Apa khabar aku di sini?
Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk hidup sehari lagi.

*clichè giler*

Apa perkembangan aku kat sini?
Insya Allah, lebih baik dan akan menjadi bertambah baik. Bermacam-macam ragam manusia yang Allah tunjukkan kepadaku, teman dan sahabat2 yang Dia kirimkan kepadaku dan pengalaman2 yang banyak mengajar erti kehidupan walaupun aku masih tak dapat nak grab apa maksud di sebalik setiap perkara.

Apa perancangan aku pada masa hadapan?
Itu soalan, memang.. ( ^_^ )y
Wallahua'lam.

*yelah sangat - nampak sangat malas nak menaip (ˇ︿ˇ)*

Amacam Glasgow?
Bak kata oghe , it's the wettest winter in 100 years. Masih menunggu salji lebat menutupi bumi. Alhamdulillah, dapat pegang dan rasa salji tapi setakat ni, salji turun sekali ngan hujan.

Rindu Malaysia tak?
Soalan apa ni? Haha. Mestilah. Bak kat peribahasa Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Aku rindu ma, pa, adik, semua ahli keluarga, kwn2, dan rakyat Malaysia.
Masakan,juadah. Hiruk-pikuk. Perangai. Cuaca. Suasana. Bahasa.
Banyak lagi wo....

Public Message: Terima kasih kepada pembayar2 cukai di Malaysia. Dengan izin Allah, duit tuan2 dan puan2 digunakan untuk menaja para pelajar ke luar negara. Mohon halal dunia dan akhirat. May Allah bless you all.

Sampai di sini dulu. Kalau aku rajin, dengan izinNya juga, aku hias blog ni dengan post aku. Mungkin lepas ni post benda yang lebih bermanfaat untuk saham akhirat aku.

Wallahua'lam. السلام عليكم.

Saturday, December 7, 2013

Sajak yang tak berapa nak sajak

Bismillah,

Aku bukan Sufi ataupun Salafi,
Aku hanya manusia yang sedang mencari.

Mengenal Allah, Tuhan yang hakiki.

Pelbagai permisalan telah diberi.
Bekas untuk diisi.
Rumah, istana, takhta.
Sungguh subjektif rupanya hati ini.
Sampaikan kalau rosaknya dia, rosaklah segalanya.

Hidup di dunia sebagai pengembara.
Mengumpul bekalan di setiap persinggahan.
Akan tetapi persinggahan hanya ada satu sahaja, pabila ditinggalkan tidak akan dapat berpatah balik.

Hidup di dunia sebagai hamba. Mencari redha Tuhan di setiap langkah.
Berharap agar Tuhan sentiasa memandangnya dengan kasih, bukannya murka.

Hidup di dunia sebagai khalifah.
Memerintah bumi adil dan saksama.
Setiap makhluk Tuhan ditunaikan hak.
Agar hidup aman dan sentosa.

Sayang seribu kali sayang.
Bani Adam semakin padam.
Padam imannya, padam amalnya.
Padam segala keberahian terhadap Tuhannya.

Di mana cinta seorang hamba pada Tuhannya?

Di masjid?
Di dataran demonstrasi?
Di laman MukaBuku?
Di laman KicauBurung?
Di blog?

Hubb.
Cinta. Pyar. Love.

Tidak akan dapat ditafsirkan melalui kata,mahupun tulisan.

Cari dan rasa.
Kau sendiri harus merasakannya.

Cari. Cari. Cari.
Cari apa?
Harta?
Pangkat?
Dunia?
Cinta?

Aku masih mencari.

Aku bukan Sufi ataupun Salafi.
Ataupun sebarang label yang telah dunia wujudkan.

Aku hanya seorang manusia.
CiptaanNya.
Yang akan kembali menjadi fitrah, tanah.

Dan bila aku kembali kepadaNya,
Dia pasti akan menceritakan segala yang telah ku lakukan.

Sunday, October 13, 2013

Beautiful scenery in Scotland.

May peace be upon you. Here are some pictures that my friend and I took in Scotland. Since we will live here for 4 years, insya Allah,there will be more pictures to come.
Subhanallah,hebat ciptaanNya. :-)

-University of Glasgow
-Glasgow City Centre
-Milltimber,Aberdeen
-Cambus O May Suspension Bridge
-Burn 'O Vat (Muir of Dennit)

That's all for now. Salam.