Saturday, May 3, 2014

Hamba Allah

Aku lihat satu demi satu ditinggalkannya.
Satu demi satu dicabut daripadanya.
Barang-barang dunia.
Dan akhirnya, hanya tinggal mati yang akan memisahkan dia daripada dunia secara keseluruhan.
Ke akhirat yang kekal abadi.
Dia akan dapat kembali apa yang ditinggalkannya semasa di dunia,
bercantum kembali apa yang dicabut olehnya semasa di dunia.
Malah lebih baik lagi.
Lebih baik daripada dunia dan seisinya.

Dia fikir risau kondisi umat semasa.
Dia fikir untuk membangunkan ummah.

Di bibirnya, ucapan Allah sentiasa ada.
Dia lihat alam dengan kekaguman kepada Allah.

Dia menyebarkan dakwah dengan bersungguh-sungguh kepada Islam dan bakal Islam.

Dia menghidupkan sunnah Rasulullah (S.A.W.) dalam kehidupannya dan mereka di sekelilingnya.

Dia, hamba Allah.
Dia tidak terlepas daripada membuat dosa, seperti aku juga.
Tapi, dia tidak pernah berhenti berharap kepadaNya.

"Doa, doa itu penting", katanya.