Tuesday, July 30, 2013

Perjalanan MyBrainsc 2013 (Batch ke-2)

Bismillah, Dengan nama Allah,

Hari ini, Insya Allah, saya akan menerangkan semampu yang boleh untuk pelajar2 yang akan memohon (ataupun yang sudah ambil) biasiswa MyBrainSc tajaan Kementerian Pengajian Tinggi. Sesiapa yang ingin mengambil biasiswa ini mesti dah fikir habis dan dah yakin, Insya Allah, memang minat dalam bidang sains.

Sedikit Peringatan (Latest update 06/11/2016):
Saya merupakan pemegang biasiswa MyBrainSc second batch, kiranya KPT masih menaja pelajar ke luar negara ketika itu (tahun 2013). Berdasarkan pengetahuan saya yang terkini (boleh jadi ianya salah), KPT telahpun memberhentikan penajaan ke luar negara dan hanya fokus kepada penajaan di dalam negara. Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai biasiswa ini, sila layari portal MyBrainSc atau baca post2 pelajar biasiswa MyBrainSc yang lebih up-to-date.

Pertama sekali, selalu check update. Kena tahu bila tarikh keluar permohonan dan bila tarikh tutup permohonan. Tengoklah dalam suratkhabar, facebook dan lain-lain lagi. Tapi yang paling penting, selalulah update kat portal MyBrainSc .

Inilah rupa portalnya (update: portal yang dulu, bukanlah yang sekarang). :-)
Yang kedua, tengok syarat-syaratnya. Pointer cukup x, dan etc..
Ketiga, bila dah cukup syarat, isilah borangnya. :) Tapi kena buat account (pakai email gmail/yahoo/seangkatan dengannya), dah buat baru boleh log in system. 

=> Kepada sesiapa yang nak pergi luar negara (UK,US dan Kanada), pastikan kalian dah ada surat tawaran universiti. Kalau xde pun xpe, tapi pastikan lepas dah hantar borang,cari secepat yang mungkin.
Sedikit cadangan/tips : Untuk yang nak pergi UK,boleh apply through UCAS. Pelajar yg ambil A-Level banyak kelebihan sbb syllabus mereka diterima pakai oleh semua universiti. Untuk pelajar asasi/matrikulasi, kalian tidak akan mempunyai banyak pilihan. Maksudnya, kebanyakan top universities tidak terima syllabus kita. Tapi cuba je mohon. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Beberapa universiti yang saya boleh cadangkan (kalian boleh je tanya setiap universiti dalam UCAS) - yg ini sbb ada beberapa pelajar PASUM yang apply through UCAS dan mereka dapat offer drpd universiti yang tertera di bawah :
  • University of Bristol
  • University of Sheffield
  • University of Manchester
  • University of Southampthon
  • University of Glasgow
  • Dan pilihan2 yang lain. Tapi pastikan universiti yang anda nak ada dalam senarai universiti yang telah ditetapkan oleh pihak KPT (boleh check kat portal)
=> Antara syarat2 yang anda perlu penuhi sekiranya dapat tawaran universiti (conditional offer) di UK adalah anda perlu mengambil IELTS/TOEFL/yang diterima oleh pihak universiti (ini semua adalah English proficiency tests).
Selepas itu, langkah ke-empat, lepas dah hantar semua borang, kalian kembali kepada kehidupan asal iaitu hidup di PASUM (saya pelajar PASUM 12/13) ataupun di kolej matrikulasi/pusat asasi dll. serata Malaysia.

Selepas beberapa bulan (biasanya selepas kalian tamat pengajian di matrikulasi/asasi/A-Level,IB,etc.), dia akan beri makluman tentang ujian saringan UKM 2 (tak,dia xde ujian UKM 1, jadi jangan risau sangat pasal nama) melalui email/pihak KPT akan menelefon anda untuk mengingatkan anda. Yang ini pun kena selalu update sebab ada juga beberapa orang yang terlepas tarikh untuk mengambil ujian ini.

"Ujian UKM ni ambil kat mana?" - Ujian ni ambil kat rumah je, dik. Pakai PC/Laptop/Notebook sendiri. Tapi jangan tiru ya, jawab semampu yang boleh (berdasarkan pengalaman sendiri, jawab main hentam).
Ada juga yang tak sempat nak jawab semua, tapi takpe, nanti eden terangkan dalam perenggan seterusnya.

Seterusnya, selepas beberapa lama, kalian akan dapat email dan juga panggilan daripada pihak KPT. Kawan2 saya yang tak sempat jawab pun dapat, tapi Wallahu'alam, Allah lebih mengetahui. :D

Inilah dia rupa email itu. :)
Nanti kalian check-lah dekat portal seperti yang disuruh. Saya dapat temuduga di PICC (Putrajaya International Convention Centre) pada 22 Jun 2013, hari Sabtu. 

"Soalan dia macam mana kak?" - Sebenarnya, ia bergantung kepada siapa yang temuduga kalian dan waktu (pada jam berapa) kalian masuk dalam bilik temuduga. Macam saya, saya dapat banyak informasi berbanding soalan dan saya lebih banyak bertanya daripada menjawab. 

Situasi saya : Masuk pukul 1 petang (saya kumpulan terakhir untuk sesi pagi), dua orang penemuduga (seorang pensyarah kimia & seorang pensyarah fizik), tiga orang yg ditemuduga (termasuk saya).
Soalan yang ditanya kepada saya (x semua org yg akan dapat soalan macam ni ya) :
  1. Introduce yourself.
  2. Apa itu kimia? (Definition of chemistry)
  3. Kenapa teori Einstein (E=mc^2) tidak boleh digunakan pada saiz partikel?
Itu sahaja. Waktu selebihnya, banyak dihabiskan dengan informasi yang diberikan oleh pensyarah kimia.
Dan kami juga diberi peluang untuk tanya soalan. Nasihat saya, tanya soalan yang bernas,mencabar minda (kalau boleh) dan hadkan bilangan soalan anda supaya tidak mengambil masa penemuduga. Mereka pun nak rehat juga.

=> Maklumat tambahan : MyBrainSc boleh juga dipohon oleh pelajar yg nak ambil Master dan PhD, pelajar tahun pertama Sarjana Muda dan Asasi Pintar. Ini berdasarkan pengalaman ditemuduga bersama budak Fast Track UPM,tahun pertama Sarjana Muda Fizik.

Selepas sesi temuduga, kalian kena tunggu lagi. Sabar itu separuh daripada iman. :) 
Tibalah masanya. *bunyi drumroll* 

Random meme - di ambil hanya kerana ada gambar drum dan sound effect

Sebulan selepas sesi temuduga. 
Sekali lagi,kalian perlu check kat portal tu. Log masuk, dan untuk yang berjaya, kalian akan dapat tawaran bersyarat yang mana memerlukan kalian untuk menghantar dokumen yang dikehendaki supaya kalian boleh diberi surat tawaran rasmi.

Lepas dah hantar dokumen via email, selalu update dgn pihak KPT. Kalau ada pertanyaan,tanya terus, jangan tunggu lama2, lebih2 lagi yg apply overseas.

Ada yang dapat lambat, ada yang dapat cepat. Alhamdulillah,saya dapat cepat dalam masa beberapa hari sahaja (itupun sebab ada kawan yang apply uni yg sama dgn saya, dia yang selalu update dengan pihak KPT). Kalau boleh,dah dapat email seperti kat atas, lepas check portal,terus hantar dokumen. 
Senang cerita, lebih cepat kalian hantar,lebih cepat KPT memproses dokumen anda.

Untuk yang berjaya, Insya Allah, keputusan rasmi akan seperti begini.
Kemudian,kalian akan muat turun surat tawaran dan borang perjanjian serta tuntutan. Lepas tu, buatlah mengikut panduan mengisi borang.

OK,sampai di sini sahaja dahulu. Alhamdulillah, Allah banyak mempermudahkan urusanku sampai ke tahap ini. Insya Allah,kalian juga pasti mampu melakukannya.

Salah seorang kawanku pernah berpesan,"betulkan niat. Kita pergi belajar di luar negara kerana Allah" - lebih kurang ayatnya begitu.
Memang tidak dapat dinafikan seronok belajar di luar negara, tapi kita harus mempersiapkan diri dari semua aspek,lebih2 lagi dari sudut rohani (basic dalam agama harus kukuh).

Hanya Allah yang mengetahui apa yang akan berlaku selepas ini. :)
Jadi, kepada yang telah dapat keputusan rasmi, saya ucapkan MABROUK (congrats in Arabic)!!! 
Untuk kalian yang akan memohon/bercadang untuk memohon, lakukanlah solat sunat istikharah keranaNya,sentiasa merujuk kepadaNya. Ok? Last but not least,

All the best and Good Luck
 sebenarnya nak tulis 'may the odds be ever in your favor' but this ain't Hunger Games. 

Assalamua'alaikum warahmatullah. :-)

UPDATE: 

Minta maaf sbb lama x update post ni, saya sibuk dgn kuliah (sekarang dah final year). Insya Allah, kalau ada masa lapang, saya akan cuba jawab soalan2 yg kalian post di ruang komen.

Thanks for reading.