Friday, March 20, 2020

3rd Day of RMO/MCO or whatever they call it, STAY AT HOME

Assalamu'alaikum, everyone.

This is a short post.

A quick recap:
  1. Up until 19/3/2020, Malaysia have 900 confirmed cases of COVID-19 positive and 2 deaths. Source: https://www.outbreak.my/
  2. 8600 cops have been deployed nationwide to ensure people abide by MCO (Movement Control Order). Source: https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/19/igp-8600-cops-deployed-nationwide-to-ensure-people-abide-by-mco?utm_source=outbreak.my
  3. Saudi Arabia suspends prayers at Makkah, Madinah mosques. Source: https://www.nst.com.my/world/world/2020/03/576367/saudi-arabia-suspends-prayers-makkah-madinah-mosques
  4. Good news - Electricity bill discounts for six months, starting from April. Source: https://www.nst.com.my/news/nation/2020/03/576177/electricity-bill-discounts-six-months-april
  5. Man arrested for violating MCO. Source: https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2020/03/576262/man-arrested-violating-mco
I woke up late today, so there's nothing much to write about. 
What do I feel now: Bored and indifferent.
What am I going to do for the rest of the day: 
- Writing this post
- Watching movie "Hantu Kak Limah Balik Rumah 3", the one with Zul Ariffin in it (Mom wants to watch it again - I think it's because she likes Zul Ariffin 😂)
- Eat (Duh..) 
- Daydreaming
- It's Friday, so I should try at least spend my time doing ibadah such as zikr, selawat, read Al-Quran, solat, doa.
- Spend few minutes on Duolingo App, learning German. It's fun and I am hoping to be consistent in doing it along with my ibadah, insya Allah.

Israk Mikraj is just one/two days away, I think.
Should be prepared for that too.

That's all for now. JUST STAY AT HOME.
See you guys tomorrow, Assalamua'alaikum.

Thursday, March 19, 2020

Coretan Pertama 2020: Hari Kedua RMO

Assalamua'laikum, wahai para pembaca.

19 Mac 2020, hari kedua penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan. #RestrictionMovementOrder
Aku senaraikan perkara yang aku telah lakukan setakat ini (11 pagi waktu Malaysia):

- Bangun pagi
- Mandi
- Sarapan (Dua keping roti, sekeping keju, sos mustard dan sos koleslaw)
- Menulis dua perenggan dalam tulisan Jawi
- Belajar bahasa German selama 15 minit menggunakan perisian Duolingo (skil German aku sudah berkarat)
- Menulis post untuk blog ini

Sekali lagi aku perkenalkan diri kepada para pembaca terutamanya yang baru sahaja menjumpai blog ini (kemungkinan besar adalah kerana posting tentang MyBrainSc). Jadi inilah biodata ringkas aku dan perjalanan hidup aku dari segi karier dan pelajaran.

Nama: Nur Aqilah Zahirah Binti Norazmi (kau boleh cari aku di FB dan Insta, tapi aku takkan terima sebarang friend request melainkan aku kenal kalian personally).

Education Background:
2007-2011: SMK Shahbandaraya, Klang - SPM
2012-2013: Pusat Asasi Sains UM, KL - Asasi/Pre-University Foundation
2013-2017: University of Glasgow, UK - BSc (Hons) in Chem
2018-2020: Universiti Kebangsaan Malaysia - MSc (Coursework) Chemistry
2020-2023: Got offer for a joint PhD Program (will be updated later)



Karier:
2015-2016: Volunteer Teacher (Sekolah Malaysia Glasgow)
2017-2018: Executive Administrative Assistant (TZ Engineering Enterprise)



Dalam post yang lepas, aku mengeluh mengenai keadaan aku yang tidak mendapat sebarang tawaran kerja selepas mendapat ijazah. Melihatkan keadaan aku yang menyedihkan itu (baca: pathetic), ibuku menyuruhku untuk bekerja di syarikatnya. Memandangkan aku sudah biasa bekerja di syarikatnya semasa cuti sekolah dan cuti musim panas, aku decide untuk proceed with it. Jujur aku katakan, pengalaman sepanjang bekerja di sana amat membantuku dari segi data management, presentation, interaction with companies and government agencies. Aku gunakan pengalaman tersebut sepanjang aku di UKM.

Sekadar di situ sahaja untuk biodata ringkas aku. Kalau aku rajin, aku tulis post khas untuk pengajian peringkat Sarjana. Manakala untuk sebarang pertanyaan mengenai biasiswa MyBrainSc dan permohonan universiti, ini yang aku dapat nyatakan berdasarkan pengalaman sendiri dan juga kawan2 terdekat (disclaimer: mungkin akan berubah dan sila tanya pihak Kementerian untuk kepastian):
  1. Kontrak selama 3 tahun dengan kerajaan hanya sekadar di atas kertas - janji kau laporkan kepada KPM/KPT selepas kau berjaya menamatkan pengajian. Be prepared, pastikan kau sudah ada perancangan selepas belajar SEBELUM kau habis belajar.
  2. Setakat ini, MyBrainSc masih menawarkan biasiswa untuk pengajian BSc/MSc/PhD di dalam dan luar negara, cumanya luar negara akan lebih sengit. Pastikan kau dapat tawaran daripada universiti yang top di dunia (senarai universiti ada tertera di laman web MyBrainSc).
  3. Tawaran bersyarat maksudnya ada perkara yang perlu kau selesaikan/hantarkan kepada pihak yang berkaitan (KPT/universiti) sebelum permohonan kau diterima sepenuhnya.
  4. Tempoh menunggu tawaran berbeza untuk setiap uni, tapi kau boleh hubungi mereka sekiranya masa menunggu terlalu lama atau kau mengejar deadline submission untuk permohonan MyBrainSc.
Mungkin aku patut buat another post about this, tengoklah rajin ke tak. It has been 7 years since I've applied to a UK uni, I might not be able to recall much.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berbalik semula kepada pos asal, tujuan aku menulis post adalah untuk menghilangkan kebosanan duduk di rumah dan juga ingin update blog ini. Dah "berhabuk".

Target aku adalah untuk ceritakan hari-hari aku sepanjang tempoh 14 hari berada di rumah.
Kedua-dua belah telingaku telah disumbatkan dengan earphone, pasang lagu di Spotify (main lagu-lagu yang sama berulang kali).
Sekarang tengah dengar lagu-lagu Lord Huron, jemput dengar di Spotify atau YouTube.
Lagu2 Lord Huron yang aku suka dan rekomen untuk kalian:

Album Strange Trails:-
The Night We Met (rasa kebanyakan orang tahu sbb 13 Reasons Why)
Meet Me in the Woods
Love Like Ghosts
Fool For Love
The Yawning Grave (lagu ni maksud dia seram lain macam, but then so are the whole album).

Album Vide Noir:
Semua best tapi my personal favourites are 
Wait by the River
When the Night is Over

Album Lonesome Dreams:
The Ghost on the Shore
She Lit a Fire

Tapi lagu yang aku dok ulang berkali2 sampai sekarang: All The Stars - Kendrick Lamar & SZA
Boleh la kot nak kata tu lagu kegemaran aku ya. Hehehe.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selain daripada perkara2 yang aku senaraikan di atas, aku yakin ramai orang akan banyak menghabiskan masa di media sosial. Sama juga untuk aku. Facebook, Instagram dan Twitter. 
Tapi ada banyak perkara lain yang boleh dilakukan, seperti membaca buku, menonton televisyen (or binge watching Netflix), memasak, dan lain-lain lagi.

It's okay, Malaysia. 12 days to go. It will be over before you know it.
Stay strong. Take care.
JUST STAY AT HOME.


ImageInsya Allah, bersambung dalam coretan esok.
Till then, Assalamua'laikum and Goodbye!