Saturday, November 24, 2012

Pengenalan - Introduction - Ta'aruf

Bismillah. 
By the name of Allah. 
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Apa khabar iman anda semua? How is your iman today? Is it increasing or decreasing? There is no such thing as a stable iman because we are human,not angels that have constant level of iman.
Apa-apapun,Alhamdulillah kerana Allah masih memberi kita peluang untuk bernafas sehari lagi di atas bumi ciptaanNya. :-D

Orang tua kata 'Tak kenal maka tak cinta'.
Oleh itu,ayuhlah kita berkenalan. Saya dan awak. Penulis dan pembaca.
Tapi bagaimana? Kita tidak pernah bertemu pun,mcm mana nak timbul perasaan 'cinta' itu?
Ketahuilah wahai para pembaca sekalian,cinta tidak semestinya perlu bertemu antara satu sama lain.
Contoh?
Hubungan kita dengan Allah. Allah menyayangi kita dan kita menyayangi Allah meskipun kita tidak pernah melihat wajahNya.
Nak lebih kepastian?
Lihat dan baca kisah Rabiatul Adawiyah dan kisah para wali Allah. Ataupun kalau anda mahu cinta yang memang 'full of awesomeness',bacalah kisah kekasih teragungNya,Nabi Muhammad sallallahu a'laihi wasallam. :D

Baiklah,kembali kepada agenda kita. 
Bagaimana kita hendak berkenalan? Cukuplah bagi Allah sahaja yang tahu akan identiti saya dan kalian. Apa yang pasti,insya Allah,kalian akan mengenali saya daripada penulisan saya dan saya pula akan mengenali anda daripada komen-komen anda. Jadi,saya ingin mengucapkan selamat datang..welcome..ahlan wa sahlan....kepada para pembaca blog ini. 

Ta'aruf

Ta'aruf membawa maksud pengenalan atau dalam konteks sekarang ini,proses suai kenal antara saya dan awak (penulis dan pembaca). Ada yang mengambil masa yang singkat dan ada yang mengambil masa yang lama untuk mengenali seseorang yang baru kita temui.
Contoh situasi (dlm pandangan saya):

Masa yg singkat 

A: Assalamua'laikum.
B:Wa'alaikumussalam.
A:Pukul berapa dah ya? Dah nak hujan ni. Latihan belum bermula.
B:Awak main sofbol ke?
A:Ha'ah. Awak pun sama ?
B:Ya. Nama awak apa ya? Nama saya .......(fill in the blank).....
A:Oh,nama saya .......(fill in the blank)......
B:Dah lama main sofbol?
A:Tak pernah main seumur hidup. Awak?
B:Pernah,masa sekolah menengah.

10 minit kemudian,masing-masing dah bertukar nombor telefon,alamat rumah dan banyak lagi....err...takdelah banyak sangat,

Masa yg lama

A:Assalamua'laikum.
B:............Wa'alaikumussalam.
A:Pukul berapa dah ya?
B:Pukul 5.
A:Oh,ok. Terima kasih. Tunggu latihan bermula ke?
B:Ha'ah.
A:Nama awak apa ya?
B:......(fill in the blank).....
A:Nama saya ...(fill in the blank)....

Latihan pun bermula,si B meninggalkan si A...dan si A terpinga-pinga. 
A:Ai,nampaknya susah betul dia nak berinteraksi dengan orang lain.

Hmm,dalam dimensi kita sekarang ini, kalian akan mengenali saya sedikit demi sedikit melalui gaya penulisan saya mungkin dan saya juga akan mengenali anda.Insya Allah.

Tetapi,ketahuilah,Allah mengenal hamba-hambaNya lebih daripada seorang ibu mengenali anaknya sendiri. Sebab itulah,Allah lebih sayang berlipat kali ganda kepada kita daripada ibu kita. :D 

Dalam surah Al-Baqarah,ayat 186:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Pada pendapat saya,Allah mengenali kita semua kerana Dialah Pencipta kita. Dan tidakkah anda ingin mengenali Pencipta anda? Mungkin agak lari daripada tajuk yang saya timbulkan tetapi jika kita kenal siapa Pencipta kita,saya pasti kita pasti akan jatuh cinta kepadaNya. Kerana Dia yang sentiasa melindungi kita setiap masa dan ketika,Dialah tempat kita merintih dan memohon pertolongan,Dialah yang sentiasa memerhati kita dan Dialah Maha Mengetahui segala isi hati dan fikiran kita.

Dan yang paling penting,

Dia sentiasa menunggu hamba-hambaNya memohon keampunan kepadaNya dan Dia sanggup mengampunkan dosa hamba-hambaNya meskipun dosa-dosa tersebut memenuhi ruang antara langit dan bumi.

Indah kan cinta Allah ini? Hubungan dengan Allah wajib kita jaga sebaik mungkin,tapi jangan lupa hubungan sesama manusia juga. Oleh itu,berta'aruflah dengan sesiapa pun yang anda jumpa,baik di alam nyata mahupun di alam maya. Mudah-mudahan hubungan silaturrahmi terus bertambah kukuh dalam kalangan kita semua. Insya Allah.

Baiklah,sudahkah anda mengenali diri saya melalui penulisan saya yang tidak seberapa ini? 
Kalau sudah,alhamdulillah..Mudah-mudahan para pembaca boleh memberi komentar untuk saya memperbaiki mutu penulisan saya ini dan mungkin saya akan mengenali anda daripada gaya penulisan anda.

Terima kasih kerana sudi meluangkan 5-10 minit untuk membaca blog saya.
Jazakallah,hingga bertemu lagi dalam alam maya.
Assalamua'laikum wa rahmatullah.