Tuesday, June 4, 2013

Sebelah Sayap


Bismillah,
Sedikit-sebanyak isi kandungan dalam video ini menunjukkan realiti umat Islam zaman sekarang.
Ada orang,jap..tidak,kebanyakan orang seperti Reefqy => berasa hebat dengan ilmunya,kedudukannya sehinggakan timbul satu sikap yakni sikap suka menghukum orang lain yang membawa kepada sikap2 negatif yang lain yang ditonjolkan dalam video ini.
Ada juga orang seperti Mat Luthfi => memberi harapan dan dorongan kepada Ihsan (si pesalah) berterusan .
Dan semestinya,setiap seorang daripada kita adalah Ihsan,yang tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan,yang lama dan yang baru,sengaja mahupun tidak sengaja.
Tapi,video ini lebih mengfokuskan (betul ke ayat ni?) ke arah kesalahan yang sentiasa berulang (ketagihan).
Dari sudut pandanganku yang kecil ini,aku melihat Reefqy sebagai sang pemberi amaran dan Mat Luthfi sebagai sang pemberi harapan...Ihsan mewakili kita semua.
Matlamat mereka berdua adalah sama,namun metode mereka sangat..sangat berbeda...
Masalah besar timbul apabila kedua-duanya tidak mampu bersatu.
Mana mungkin burung akan dapat terbang dengan baik sekiranya kedua-dua sayapnya tidak seiring.
Kesannya kepada Ihsan, kita tidak tahu sama ada dia dapat mengeluarkan dirinya daripada kemelut itu.
Samalah seperti kita => perlukan ketakutan dan harapan untuk terus ke hadapan.
Ya,Allah Maha Mengazab dan azab-Nya tidak terperi dahsyatnya. Tapi, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Sebaik-baik manusia yang berdosa adalah mereka yang segera bertaubat. Ingatlah,selagi nyawa belum sampai ke kerongkong,selagi itulah Allah sentiasa memberi kita peluang untuk kembali kepadaNya. :')

Kita semua masih ada harapan lagi.
Jangan pernah berhenti berharap kepada ALLAH.
Jatuh,bangun semula dan teruskan.....


TERUSKAN HINGGA NAFASMU YANG TERAKHIR.


Wallahu'alam. Segala kekurangan dan kesilapan,saya mohon maaf. Assalamu'alaikum.
P/s : Quote dia sangat best.

No comments:

Post a Comment