Thursday, January 17, 2013

Tanyalah Ustaz - Kenapa Solat Sunat?

Ustaz Dr. Muhammad Lukman Ibrahim - Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

-Apabila seseorang sentiasa melakukan solat sunat (perkara sunat),Allah akan mencintai dan mengasihinya.
Hadis Qudsi : Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berfirman:
“Barangsiapa yang memusuhi waliKu, maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seseorang hambaKu yang bertaqarrub kepadaKu dengan sesuatu yang lebih kucintai daripada ia menunaikan segala yang Kufardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaku bertaqarrub kepadaKu dengan Nawafil, sehingga Aku mencintainya. Dan apabila Aku mencintainya, nescaya jadilah Aku (seolah-olah) pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan pemandangannya yang ia memandang dengannya, dan tangannya yang ia bertindak dengannya, dan kakinya yang ia berjalan
dengannya. Dan andaikata ia memohonKu pasti akan Kuberinya, dan andaikata ia berlindung kepadaKu pasti akan Kulindunginya”. 
(Riwayat al-Bukhari no. 6137 dan al-Baghawi jilid 7 halaman 204 dalam Syarhus Sunnah)

Adakah tidak cukup perkara2 fardhu (zakat,solat 5 waktu,haji dll)?
-Sesetengah orang merasakan cukup dgn melakukan perkara fardhu sahaja.
-Perkara fardhu = mencukupkan syarat sebagai orang Islam.
-Kita harus berasa rendah diri.

Adakah pahala solat akan berkurangan sekiranya meninggalkan sunat muakkad?
-Melakukan solat wajib,terlepas drpd tuntutan tetapi tidak akan cukup/sempurna.
-Boleh jadi semasa rukuk,kita tidak khusyuk.
-Analogi,kalau baju kita koyak,kita tidak akan memakai baju tersebut untuk keluar.
 Carilah baju/kain yg lain untuk menampal bhg yg terkoyak. Begitu juga dgn solat. Solat sunat mencukupkan  
 apa yang kurang dlm solat fardhu kita.

Waktu kita jahilliyah(kurang ilmu/jahil),pasti byk solat2 yg kita lakukan penuh dgn cacat cela. Bagaimana kita nak menampungnya? Adakah dgn sekadar bertaubat atau mengqadha solat atau melakukan solat sunat?
-Cuba agak,berapa byk solat yg ditinggalkan?
-Syak berapa byk solat yg tidak cukup rukun/tidak sah?
-Kena qadha sebanyak mana dia rasa dia telah tinggalkan.
-Ada beberapa pandangan ulama mengenai melakukan solat sunat dan mengqada solat. Antaranya,jangan melakukan solat sunat. Utamakan solat wajib yang perlu diganti.
-Amat penting untuk kita menjaga solat fardhu,

Qada solat : 2 rakaat/4 rakaat?
-Tgk solat apa yg kita tinggalkan. Kalau subuh,2 rakaat. Kalau zohor,asar,isyak - 4 rakaat.
-Qada ada dua keadaan : 
1. Tinggalkan secara sengaja. Pandangan majoriti ulama - kena qada.
2. Secara tidak sengaja. Dimaafkan tetapi perlu qada juga.

Solat dhuha?
-2 hingga 12 rakaat. Rasulullah biasa buat 2-8 rakaat.
-Pandangan jumhur ulama' : Tiada pengkhususan dlm doa solat dhuha. Doalah apa sahaja.

Sekiranya org telah meninggal dunia,ada solat tertinggal?
-Boleh diberi fidyah untuk solat si mati yang tertinggal (pandangan ulama)
-Sama seperti fidyah puasa. Satu waktu solat - satu fidyah.
-Qada jgn ditangguh-tangguh. Boleh jadi kita mati sebelum dpt qada semua solat,sedangkan perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak.

Solat 2 rakaat sebelum Subuh - lebih baik drpd dunia dan seluruh isinya.

www.tonton.com - untuk lihat video Tanyalah Ustaz 
(lebih meyakinkan kalau dgr drpd mulut ustaz sendiri) sbb ada point yg ustaz highlightkan tp saya x dpt salin.
Saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan dalam post ini.
Assalamu'alaikum. :-)


Saturday, November 24, 2012

Pengenalan - Introduction - Ta'aruf

Bismillah. 
By the name of Allah. 
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Apa khabar iman anda semua? How is your iman today? Is it increasing or decreasing? There is no such thing as a stable iman because we are human,not angels that have constant level of iman.
Apa-apapun,Alhamdulillah kerana Allah masih memberi kita peluang untuk bernafas sehari lagi di atas bumi ciptaanNya. :-D

Orang tua kata 'Tak kenal maka tak cinta'.
Oleh itu,ayuhlah kita berkenalan. Saya dan awak. Penulis dan pembaca.
Tapi bagaimana? Kita tidak pernah bertemu pun,mcm mana nak timbul perasaan 'cinta' itu?
Ketahuilah wahai para pembaca sekalian,cinta tidak semestinya perlu bertemu antara satu sama lain.
Contoh?
Hubungan kita dengan Allah. Allah menyayangi kita dan kita menyayangi Allah meskipun kita tidak pernah melihat wajahNya.
Nak lebih kepastian?
Lihat dan baca kisah Rabiatul Adawiyah dan kisah para wali Allah. Ataupun kalau anda mahu cinta yang memang 'full of awesomeness',bacalah kisah kekasih teragungNya,Nabi Muhammad sallallahu a'laihi wasallam. :D

Baiklah,kembali kepada agenda kita. 
Bagaimana kita hendak berkenalan? Cukuplah bagi Allah sahaja yang tahu akan identiti saya dan kalian. Apa yang pasti,insya Allah,kalian akan mengenali saya daripada penulisan saya dan saya pula akan mengenali anda daripada komen-komen anda. Jadi,saya ingin mengucapkan selamat datang..welcome..ahlan wa sahlan....kepada para pembaca blog ini. 

Ta'aruf

Ta'aruf membawa maksud pengenalan atau dalam konteks sekarang ini,proses suai kenal antara saya dan awak (penulis dan pembaca). Ada yang mengambil masa yang singkat dan ada yang mengambil masa yang lama untuk mengenali seseorang yang baru kita temui.
Contoh situasi (dlm pandangan saya):

Masa yg singkat 

A: Assalamua'laikum.
B:Wa'alaikumussalam.
A:Pukul berapa dah ya? Dah nak hujan ni. Latihan belum bermula.
B:Awak main sofbol ke?
A:Ha'ah. Awak pun sama ?
B:Ya. Nama awak apa ya? Nama saya .......(fill in the blank).....
A:Oh,nama saya .......(fill in the blank)......
B:Dah lama main sofbol?
A:Tak pernah main seumur hidup. Awak?
B:Pernah,masa sekolah menengah.

10 minit kemudian,masing-masing dah bertukar nombor telefon,alamat rumah dan banyak lagi....err...takdelah banyak sangat,

Masa yg lama

A:Assalamua'laikum.
B:............Wa'alaikumussalam.
A:Pukul berapa dah ya?
B:Pukul 5.
A:Oh,ok. Terima kasih. Tunggu latihan bermula ke?
B:Ha'ah.
A:Nama awak apa ya?
B:......(fill in the blank).....
A:Nama saya ...(fill in the blank)....

Latihan pun bermula,si B meninggalkan si A...dan si A terpinga-pinga. 
A:Ai,nampaknya susah betul dia nak berinteraksi dengan orang lain.

Hmm,dalam dimensi kita sekarang ini, kalian akan mengenali saya sedikit demi sedikit melalui gaya penulisan saya mungkin dan saya juga akan mengenali anda.Insya Allah.

Tetapi,ketahuilah,Allah mengenal hamba-hambaNya lebih daripada seorang ibu mengenali anaknya sendiri. Sebab itulah,Allah lebih sayang berlipat kali ganda kepada kita daripada ibu kita. :D 

Dalam surah Al-Baqarah,ayat 186:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Pada pendapat saya,Allah mengenali kita semua kerana Dialah Pencipta kita. Dan tidakkah anda ingin mengenali Pencipta anda? Mungkin agak lari daripada tajuk yang saya timbulkan tetapi jika kita kenal siapa Pencipta kita,saya pasti kita pasti akan jatuh cinta kepadaNya. Kerana Dia yang sentiasa melindungi kita setiap masa dan ketika,Dialah tempat kita merintih dan memohon pertolongan,Dialah yang sentiasa memerhati kita dan Dialah Maha Mengetahui segala isi hati dan fikiran kita.

Dan yang paling penting,

Dia sentiasa menunggu hamba-hambaNya memohon keampunan kepadaNya dan Dia sanggup mengampunkan dosa hamba-hambaNya meskipun dosa-dosa tersebut memenuhi ruang antara langit dan bumi.

Indah kan cinta Allah ini? Hubungan dengan Allah wajib kita jaga sebaik mungkin,tapi jangan lupa hubungan sesama manusia juga. Oleh itu,berta'aruflah dengan sesiapa pun yang anda jumpa,baik di alam nyata mahupun di alam maya. Mudah-mudahan hubungan silaturrahmi terus bertambah kukuh dalam kalangan kita semua. Insya Allah.

Baiklah,sudahkah anda mengenali diri saya melalui penulisan saya yang tidak seberapa ini? 
Kalau sudah,alhamdulillah..Mudah-mudahan para pembaca boleh memberi komentar untuk saya memperbaiki mutu penulisan saya ini dan mungkin saya akan mengenali anda daripada gaya penulisan anda.

Terima kasih kerana sudi meluangkan 5-10 minit untuk membaca blog saya.
Jazakallah,hingga bertemu lagi dalam alam maya.
Assalamua'laikum wa rahmatullah.