Sunday, June 16, 2013

Sedap. Yum...yum...yum.. Omnomnomnom..

hak milik : http://catatanctie.files.wordpress.com

Bismillah,

Alhamdulillah,sekali lagi diberi peluang oleh Allah untuk menaip sedikit coretan kehidupan ini. Hari ini hari Ahad. Penghujung minggu. Hari sebelum Isnin. :)
Pergi membeli-belah bersama keluargaku.
Jadi,ketika sedang berjalan bersama-sama dengan adikku,adikku yg comel gitu telah bertanyakan satu soalan kepadaku.

"Zaman Nabi ada tak chef yang pandai masak,sedap masakannya?"

Aku terdiam,cuba memikirkan jawapan yang sepatutnya. Tetapi,entah kenapa,satu cerita yang pernah ku baca dalam sebuah buku bertajuk Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia yang ditulis oleh Saudara Umar Muhammad Noor, terbitan Telaga Biru.
Aku nak menjawab soalan itu,tapi disebabkan aku menangguh-nangguh,sampai sekarang tak kesampaian untuk menjawab.

Kepada adikku dan pembaca yang lain,

Pada pandangan along(ya,aku anak sulung),sebenarnya sedap ataupun tak sedap sesuatu makanan mahupun minuman itu terpulang pada diri kita sendiri. Bagaimana kita melihat dan merasa makanan tersebut?
Ada orang,belum makan lagi pun dah reject siap,sebab rupa tak berkenan,so automatic dah mindset dalam kepala,"kalau rupa pun dah x cantik,rasa mesti tak sedap."
Tapi biasanya memang macam tu, =.=''

Itu sedikit pembuka kata.

Berbalik kepada agenda kita, 
Pada zaman Nabi S.A.W., umat Islam pada masa itu hidup dalam keadaan bersederhana.
Dan apa maksud hidup bersederhana? => Hidup sesuai dengan keperluan kita. Hidup seperti seorang musafir, hidup untuk mencari bekalan. Tidak ada yang lebih,tidak ada yang kurang. Cukup-cukup.

Memetik satu ayat dalam buku tersebut, 
"Kita juga harus berlatih untuk tidak makan kecuali ketika benar-benar lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Ketika lapar, makanan semurah apa pun akan terasa sedap."

Macam mak selalu cakap,"Kalau dah lapar,semua(makanan) sedap."
Berdasarkan ayat di atas,along(saya) membuat kesimpulan bahawa pada zaman Nabi S.A.W.,semua masakan sedap-sedap belaka. Akan tetapi,pasal tukang masak yang pandai masak sedap-sedap tu,maaflah,along(saya) tidak tahu. Dan Allah lebih mengetahui.

Oh ya, pasal satu cerita dalam buku tu yang belum saya beritahu.
Eh jap,daripada bagi satu,baik bagi dua cerita. Anda carilah pengajarannya sendiri ya? :)
Cerita pertama :

Abu Nu'aim meriwayatkan daripada Ahmad bin Abi al-Hawari,
"Aku bercerita kepada Sulaiman bin Abi Sulaiman tentang sekumpulan orang yang menyebutkan makanan-makanan lazat kepada Ibrahim Adham. Lalu Ibrahim berkata, aku tidak pernah menyangka ada makanan yang lebih lazat daripada roti yang direndam dengan minyak."

Cerita kedua :

Maslamah bin Abdul Malik,salah seorang dalam keluarga raja, sangat mewah dan hanya mahu makan makanan yang mahal dan lazat sahaja.
Suatu hari, Khalifah Umar bin Abdul Aziz ingin mengajarnya cara hidup bersederhana. Beliau mengundang Maslamah ke rumahnya dan menahannya daripada pagi hingga ke petang tanpa makanan.
Setelah Maslamah berasa sangat lapar, Umar menghidangkan makanan berupa bubur kacang kosong tanpa lauk-pauk. 
Maslamah segera makan makanan dengan penuh lahapnya. Setelah dia kenyang, Umar menghidangkan makanan yang mewah dan berkata,"Makanlah."
Maslamah menjawab,"Saya sudah kenyang dan tidak mampu makan."
Lalu Umar berkata,"Mengapa bermewah-mewah dalam makanan sehingga memasukkanmu ke Neraka padahal makanan murah pun cukup bagimu?"

Seperti yang saya katakan awal tadi,sedap tak sedap sesuatu makanan itu terletak pada diri kita sendiri. Kalau macam tu,roti sahaja pun sedap. Yang penting,mengikut keperluan dan kemampuan kita. Kita perlu banyak mana dan kita mampu banyak mana.
Sebab perkara inilah boleh mengawal nafsu kita ketika makan, Insya Allah. 

Berbalik semula pada zaman Rasulullah S.A.W.,Rasulullah dan keluarga tidak pernah makan mewah. Mereka makan roti,kalau ada yg lain,diberi oleh jiran ataupun para sahabat. Kalau tiada makanan,berpuasa. Key word : BERSEDERHANA

Jadi,konklusinya di sini,masakan sedap ada,chefnya tu tak tahu sbb bagi semua orang pada masa itu,semua makanan sedap dan cukup bagi mereka. Kalau camtu,semua orang masak sedap. Just an opinion je..

Sebagai penutup,saya mohon maaf sekiranya jawapan yang diberi tidak memuaskan hati anda semua(jawapan macam lari jauh drpd skop soalan..huhuhu..). Saya merujuk kepada dua sumber,buku Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia dan logik akal saya sendiri. Segala cadangan atau penambahan,kritikan yang membina amat digalakkan.

Sampai di situ sahajalah. Assalamu'alaikum. 
Jangan lupa saudara kita di Timur Tengah.

SAVE SYRIA,FREE GAZA

No comments:

Post a Comment