Saturday, February 15, 2014

Coretan hidup yang tidak sempurna

Bismillah,

Dah lama x post apa2 di sini. *melihat habuk yang makin tebal kat blog ni*
Haha.

Rasanya post kali ini sekadar membersihkan habuk2 je.

Apa khabar aku di sini?
Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk hidup sehari lagi.

*clichè giler*

Apa perkembangan aku kat sini?
Insya Allah, lebih baik dan akan menjadi bertambah baik. Bermacam-macam ragam manusia yang Allah tunjukkan kepadaku, teman dan sahabat2 yang Dia kirimkan kepadaku dan pengalaman2 yang banyak mengajar erti kehidupan walaupun aku masih tak dapat nak grab apa maksud di sebalik setiap perkara.

Apa perancangan aku pada masa hadapan?
Itu soalan, memang.. ( ^_^ )y
Wallahua'lam.

*yelah sangat - nampak sangat malas nak menaip (ˇ︿ˇ)*

Amacam Glasgow?
Bak kata oghe , it's the wettest winter in 100 years. Masih menunggu salji lebat menutupi bumi. Alhamdulillah, dapat pegang dan rasa salji tapi setakat ni, salji turun sekali ngan hujan.

Rindu Malaysia tak?
Soalan apa ni? Haha. Mestilah. Bak kat peribahasa Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Aku rindu ma, pa, adik, semua ahli keluarga, kwn2, dan rakyat Malaysia.
Masakan,juadah. Hiruk-pikuk. Perangai. Cuaca. Suasana. Bahasa.
Banyak lagi wo....

Public Message: Terima kasih kepada pembayar2 cukai di Malaysia. Dengan izin Allah, duit tuan2 dan puan2 digunakan untuk menaja para pelajar ke luar negara. Mohon halal dunia dan akhirat. May Allah bless you all.

Sampai di sini dulu. Kalau aku rajin, dengan izinNya juga, aku hias blog ni dengan post aku. Mungkin lepas ni post benda yang lebih bermanfaat untuk saham akhirat aku.

Wallahua'lam. السلام عليكم.