Monday, June 10, 2013

Kulit mak.

Bismillah,
Pertama sekali,mohon maaf sbb lama x post entry baru.
Second,post kali ini agak carca marba sedikit. Harap maaf. :-)
Tadi,aku baru sahaja sapu losen kat kaki dan tangan mak aku.
Sebelum ni,jarang aku nak buat. Dengan pelbagai alasan,aku cuba sedaya upaya utk mengelak drpd melakukan kerja tu.
Hari ini aku melakukannya.
Dan aku melihat kulit tangannya.
Kulitnya dah mula kendur..aku x reti nak menggambarkan tp yg pasti,ia dah x setegang dahulu. Kolagen dah kurang.
Ibuku berkata,"dah timbul urat-urat kat tangan."
Aku melihat sekali lagi di tangannya.
Ya..benar apa yang dia katakan.
Umurnya dah mencecah 40+.
Tak tahu kalau lama lagi....
Ah..Allah lebih mengetahui.
Cukuplah Allah sebagai pelindungnya.

Kalian semua,hargailah ibu kalian selagi hayat dikandung badan.
Aku akui aku bukanlah anak yg baik tapi aku ingin cuba. Cuba dan cuba sehingga berjaya. Insya Allahu Ta'ala. :-)

Islah Nafsak Wad'u Ghairak.
Perbaiki diri sendiri sambil mengajak orang lain. Lebih kurang camtulah ayatnya. Dipetik drpd Sheikh Mustapha Masyhur.

Ya,aku ingin masuk syurga beramai-ramai. Bersama keluargaku,sahabat-sahabatku dan kalian semua,saudara-saudaraku.

No comments:

Post a Comment